Serdang Bandar Baharu

Sejak perubahan tempat pemerintahan ke Serdang, Serdang semakin pesat berkembang dan menjadi pusat penempatan utama daerah. Semua pejabat kerajaan beroperasi di Serdang. Antaranya Pejabat Daerah dan Tanah, Majlis Daerah Bandar Baharu, Mahkamah Syariah, Pejabat Agama, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Balai Polis, Pejabat Pos, Hong Leong Bank dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, pelbagai rancangan telah dilakukan bagi memastikan kemajuan Daerah Bandar Baharu. Contoh terbaru yang boleh dilihat adalah dengan terbinanya Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu, Balai Bomba, Dewan Serbaguna dan Sekolah Menengah Serdang Baru. Projek yang masih belum dilaksanakan adalah pembinaan Masjid Daerah dan Hospital Daerah.

Rujukan

WikiPedia: Bandar Baharu http://homestaybbaru.blogspot.com/ http://serdangkedahhomestay.blogspot.com/ http://www.bombakedah.gov.my/v1/images/caw/img_caw... http://webjabatan.kedah.gov.my/pdbb/imej/SEJARAH%2... http://webjabatan.kedah.gov.my/ptbb.php http://webjabatan.kedah.gov.my/ptbb/imej/BANDAR%20... http://www.mdbb.gov.my/home http://web.archive.org/web/20120515124836/http://w... https://lh5.googleusercontent.com/-AhTEpT06Ru8/TYb... https://archive.is/20121216071417/v12.lscache7.c.b...